Saturday, April 30, 2011

.:::Batas-batas bergurau:::.

AGAMA Islam menggalakkan umatnya mengeratkan silaturahim sesama manusia agar kehidupan ini penuh dengan kasih sayang, perpaduan dan harmoni.

Kita juga digalakkan untuk menyenangkan hati sesama saudara kita. Salah satu cara untuk menyenangkan hati itu ialah dengan bergurau senda.

Adapun gurau senda itu suatu yang diharuskan dalam Islam kerana naluri dan fitrah manusia memerlukan hiburan untuk memperoleh ketenangan dan kesejahteraan. Bahkan boleh membebaskan diri daripada keresahan dan ketegangan.

Nabi Muhammad menjalankan kehidupan bersama para sahabat dan ahli kerabat baginda seperti manusia biasa. Baginda berkongsi kesedihan, kesusahan dan musibah dan baginda juga pernah bergurau senda.

Antara senda gurauan Rasulullah ialah sebagaimana yang diceritakan oleh Al-Hasan: "Seorang perempuan tua telah datang kepada Nabi Muhammad, lalu berkata 'wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga."

Maka Rasulullah bersabda: "Wahai ibu polan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga."

Lalu menangislah si perempuan tua itu. Dengan segera Rasulullah bersabda: "Khabarkan kepada perempuan itu bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua."


Lalu dibacakan firman Allah yang tafsirnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang tetap menjadi jodohnya serta yang sebaya umurnya.

Dalam senda gurauan Rasulullah yang lain lagi ialah sebagaimana dalam sebuah hadis yang maksudnya: "Daripada Anas bin Malik, bahawa seorang lelaki meminta kenderaan Rasulullah lalu baginda bersabda: Sesungguhnya aku akan membawamu di atas anak unta betina. Lalu orang itu berkata: Apa yang dapat saya buat di atas anak unta betina? Baginda menjawab: Bukankah yang melahirkan Al-Ibbal (unta jantan tua) itu hanya unta betina iaitu ibunya dan unta jantan tua itu ialah anaknya". (riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Daripada kisah-kisah tersebut dapat kita lihat bagaimana Rasulullah bergurau tetapi dalam perkara yang benar, bukan perkara yang dusta.

Bahkan ia adalah disunatkan untuk menyenangkan hati orang lain. Walau bagaimanapun Islam melarang kita daripada bergurau terhadap perkara yang sia-sia kerana gurauan itu membuat orang ketawa berlebihan dan boleh menyebabkan keras hati serta melalaikan daripada mengingati Allah.

Nabi Muhammad berpesan dalam sebuah hadis maksudnya: "Daripada Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati". (riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Berkata Imam Al-Nawawi: "Gurauan yang ditegah itu ialah gurauan yang melampaui batas dan sering dilakukan sehingga melalaikan daripada mengingati Allah."

Sesungguhnya jika gurauan kita itu bermaksud untuk menyenangkan hati orang lain terutama mereka yang dalam kesusahan, maka Allah SWT akan memberi ganjaran kepada mereka.

Bagaimanapun, jika gurauan itu boleh membawa kemudaratan, kesusahan atau mengakibatkan perkara buruk kepada orang lain, kita akan mendapat dosa.

Oleh yang demikian, berwaspadalah dengan senda gurauan yang melampaui batas atau berlebihan. Janganlah dalam gurauan itu ada unsur-unsur menghina, mencerca, mengolok-olokkan dan menyakiti orang lain kerana ia boleh mencetuskan permusuhan dan kemarahan sehingga menyebabkan terputus silaturrahim.

Jangan juga dijadikan senda gurauan itu suatu kebiasaan atau amalan kerana kesan yang tidak baik daripada gurauan itu mungkin akan terjadi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah pula sesuatu puak daripada daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang-orang yang zalim. (al-Hujurat: 11)

Friday, April 29, 2011


KURSUS INTENSIF TALAQQI KITAB 2011

TARIKH: 19 Mei – 2 Jun 2011

ANJURAN : Pertubuhan Khairu Ummah

DENGAN KERJASAMA

Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah Pondok Pasir Tumboh

Kelantan

  
PENGENALAN
Satu kursus pengajian ilmu agama secara intensif berkonsepkan talaqqi (belajar secara bersemuka dengan guru) kitab ulama dahulu dengan gabungan aspek ilmu tauhid, feqah, dan tasauf yang dihimpunkan di dalam sebuah kitab berdasarkan sumber yang digali dari Al-Quran dan Al-Hadis sebagai memenuhi keperluan asas mahasiswa yang sibuk untuk belajar dalam masa yang panjang


OBJEKTIF

 :
· Mendedahkan kepada Mahasiswa teknik menuntut ilmu agama yang berkesan sehingga mampu untuk menguasainya dalam masa yang singkat.

· Sebagai satu momentum yang penting untuk menaikkan semangat motivasi dalam beramal ibadat.

· Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab yang mewarisi sistem warisan ilmu Rasulullah SAW.

· Memberi pendedahan mahasiswa tentang sistem pendidikan di Pondok yang telah banyak melahirkan golongan ulama-ulama silam yang masyhur dengan kealiman mereka.

· Menjalinkan hubungan antara Mahasiswa dengan pihak Madrasah Pengajian Pondok, terutama dengan pihak Pertubuhan Khairu Ummah. Hubungan sedemikian dapat berkerjasama untuk memartabatkan Agama Islam yang kita anuti.

KENAPA ANDA PERLU MENGHADIRI KURSUS INI DAN APAKAH FAEDAHNYA?????

Menuntut ilmu agama itu adalah fardhu ain. Wajib bagi kamu untuk mempelajari dan mengetahuinya•

Ilmu tasawuf itu ibarat mutiara di lautan. Ilmu feqah pula ibarat sebuah kapal. Ilmu usuluddin itu d umpamakan lautan. Kamu tidak mampu memiliki mutiara andaikata tidak menemui lautnya dan tidak memiliki kapal. Jikapun kamu menemui laut, jalan untuk memiliki mutiara adalah sangat sukar dan mustahil tanpa kapal sebagai pandu arah dalam pencarian kedudukan mutiara. Jikapun kamu memiliki kapal dan laut, tanpa mutiara itu umpama hidup yang tiada arahtujuan.

Amalan ibadat tidak akan diterima jika iktikad tersasar dari aqidah ahli sunnah wal jamaah.

Agama itu sebagai sepohon pokok, maka tunjang akar dan batang pokok adalah iqtiqad atau kepercayaan, manakala cabang dahannya adalah ibadah‐ibadah yang lahir. Jika rosak tunjang akar dan batangnya,maka luruh dan rosaklah cabang dahannya. Begitu juga dengan Agama, jika rosak aqidah atau iktiqad seseorang itu, maka tiada berhasillah ibadah‐ibadah yang lahirnya.

Sebagaimana Imam Ghazali Menjelaskan: “ Bagaimana mungkin engkau menyembah sesuatu (ALLAH) yang engkau tidak megenalinya dengan nama-namanya, sifat-sifatnya, sifat yang wajib baginya dan sifat yang mustahil untuk disifatkan terhadapnya. Terkadang engkau mengiktikad pada zatnya dan sifatnya (nauuzubillah), perkara yang yang menyalahi dengan kebenaran, maka jadilah ibadah engkau habuk yang berterbangan.” (Kitab Minhajul Abidin : Aqabah Ula- Aqabah Ilmi)

Setiap amalan tanpa ilmu adalah amalan yang tertolak & tidak diterima serta sia-sia

Sabda Nabi,maksudnya: “Ini krn sesiapa yg beramal tanpa ilmu, banyaklah dia merosakkan sesuatu yang dia hendak mengelokkannya. Lagi sabdanya: “Ilmu itu imam bagi amalan dan amalan itu mengikutinya.”

Kuasai Ilmu fardhu ain adalah utama berbanding ilmu –ilmu lain atau perkara-perkara ibadat yang lain malah lebih utama daripada berperang fi sabilillah.

Pesan Saidina Ali bin Abi Talib : Orang yang berilmu(belajar ilmu agama) lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang berilmu, maka terjadi suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh pengantinya (yg berilmu juga).

Diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a. katanya : Demi Allah, Aku mengetahui satu bab daripada ilmu tentang suruhan dan larangan adalah terlebih dikasihi olehku daripada 70 peperangan fi sabilillah.

Sebagai seorang pemimpin samada pemimpin terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara amnya wajib bagi kita menguasai ilmu asas agama.

Kata Saidina Omar:” Pelajarilah ilmu kefahaman agama sebelum kamu jadi ketua.”

Perjuangan kita sebagai mahasiswa bukan atas dasar semangat semata-mata namun perlulah berjuang atas dasar kefahaman agama. Ini kerana semangat ada turun naiknya namun kefahaman yang jelas akan membawa istiqamah selamanya.

TEMA :

“Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang sejati berpandukan ulama silam yang muktabar menyingkirkan apa yang tidak disepakati”

TENAGA PENGAJAR :

Ustaz-ustaz di Pondok Pasir Tumboh

SASARAN :

Seramai 30 orang Mahasiswa atau sesiapa sahaja yang berminat

YURAN :

PERKARA

MUSLIMIN

MUSLIMAT

1. Pendaftaran (Seumur Hidup sekali)

RM 15

RM 15

2. Penginapan

RM 10

RM 21

3. Makan (Pagi,Tengahari&Petang)

RM 70

RM 70

JUMLAH

RM 95

RM 106

*Yuran tidak termasuk pengangkutan peserta


*Yuran ini akan lebih murah atau diberi percuma sekiranya ada penajaan. Kami akan maklumkan dari semasa ke semasa kepada semua peserta yang telah mendaftar tentang yuran yang perlu dibayar. InsyaALLAH.

KITAB PENGAJIAN : Percuma

MODUS OPERANDI :

Program ini diadakan selama 15 hari 14 malam mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunakan Kitab Usuluddin Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah karangan AlAllamah Muhammad Mukhtar Atharid serta kitab Fiqh(bagi Muslimat diberi penekanan tentang haid) dan Tasawwuf.

(Talaqqi kitab/Muzakarah)


AURAD AL-QURAN & AMALAN SEPANJANG KURSUS

Solat Fardhu Jamaah

Al-Ma’thurat

Al-Mulk dan Al-Waqi’ah

Solat Dhuha

Qiamullail/Solat Tasbih

Halaqah malam

KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PROGRAM :

1) Alat tulis dan buku nota.

2) Bagi muslimin sila bawa :

- Kain pelikat.
- Baju melayu atau jubah.
- Kopiah dan serban.

3) Bagi muslimat sila bawa :

- Baju kurung warna gelap atau jubah.
- Tudung labuh.
- Purdah

* Bagi peserta yang tidak mempunyai alatan di atas bolehlah membelinya semasa berada di pondok nanti.

* Sila sediakan dua (2) keping gambar berukuran paspot & sekeping salinan MyKad untuk tujuan pendaftaran.

SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI :

Izmer : 013 – 4425812

Yana : 013 – 9064465

Syahla : 013 – 3182689

Azimah : 014 – 5148539


Jangan lepaskan peluang ini...:)

Thursday, April 28, 2011

Perkongsian...pesanan ana buat yang bergelar muslimah

~pesanan dan peringatan buat dirimu wahai yang bergelar muslimah..dan buat semua yang ingin menjadi mujahidah solehah... 

Wanita telah ditinggikan kemuliaannya dengan kedatangan agama Islam melalui wahyu yang telah diturunkan kepada para rasul. Anda tentu sudah tidak asing dengan cerita khalifah Islam yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab yang menanam hidup-hidup anak perempuannya kerana kepercayaan pada zaman tersebut bahawa anak perempuan hanya akan membawa nasib malang pada keluarga. Ini tidak lain tidak bukan, hanya meletakkan wanita sebagai serendah-rendah makhluk yang berada di muka bumi ini. Namun, kedatangan syariat Islam menenggelamkan segala kezaliman yang sekian lama wujud ini.

 


Menurut Profesor Dr Yusof Al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk Sistem Masyarakat Islam dalam Al-Quran Sunnah, beliau menyebut bahawa Islam telah menghargai kewanitaan wanita dan Islam menganggap wanita sebagai unsur penyempurna bagi kaum lelaki, sebagaimana lelaki juga penyempurna bagi wanita. Maka bukanlah antara satu sama lain dari mereka itu sebagai musuh, bukan pula sebagai saingan, akan tetapi wanita sebagai penolong bagi kaum lelaki untuk menyempurnaan keperibadian dan jenisnya, dan sebaliknya. Oleh kerana perkaitan yang erat antara lelaki dan wanita inilah Islam memperlakukan wanita dengan baik tanpa merendahkan dan menghina mereka.

Sesuai dengan kesucian dan kesempurnaan ajaran Islam, maka wujudlah garis panduan yang perlu diikuti oleh kaum wanita itu sendiri bagi melindungi diri mereka daripada terlibat dengan fitnah bahkan menjadi sumber fitnah dalam menjalani kehidupan mereka sebagai seorang muslimah. Walaupun agama Islam telah menjaga kepentingan seorang wanita supaya dilindungi sepenuhnya sepanjang usia mereka, (bermula daripada menjadi tanggungjawab bapa, kepada menjadi tanggungjawab suami, sehinggalah menjadi tanggungjawab anak-anak lelaki mereka), kaum wanita seharusnya bijak membezakan antara perkara yang baik mahupun sebaliknya. Saya ingin katakan di sini adalah kaum wanitalah seharusnya peka dengan tuntutan-tuntutan syariat Islam sekiranya ingin menjalani kehidupan yang tenang di dunia dan di akhirat, walaupun ada insan lain yang dipertanggungjawabkan menjaga diri mereka.


Bagi membantu para muslimah sekalian, di sini saya cuba menyenaraikan apakah adab-adab atau garispanduan yang perlu diikuti oleh seorang muslimah dalam kehidupan mereka terutamanya apabila berada jauh daripada penjagaan keluarga ataupun suami berdasarkan penulisan Profesor Yusof Al-Qardhawi.
 

Pertama

Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya, sebagaimana firman Allah SWT

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya...'" (An Nur: 31)


Kedua.

Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata. Allah SWT berfirman

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan kain jilbabnya ke dadanya."
(An Nur: 31)


Ketiga

Hendaknya jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan kedua betis kecuali kepada suaminya atau muhrimnya. Allah SWT berfirman

“Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. . ."
(An-Nur: 31)

Keempat

Hendaklah bersopan dalam berjalan dan berbicara. Allah SWT berfirman.

“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ... "
(An-Nur: 31)


“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik."
(Al Ahzab: 32)


Kelima.

Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan (tabarruj) dengan dandanan ala jahiliyah. kerana ini bukanlah akhlaq seorang wanita yang bersih. Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian keluar dari rumahnya agar dicium baunya oleh orang maka ia berzina."
(HR. Abu Dawud)

Maksudnya seakan ia berbuat zina, meskipun ia tidak berbuat demikian, maka wajib atas wanita menjauhi perilaku seperti itu


Keenam.

Wanita dilarang berduaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan mahrammnya, hal itu untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari berita-berita bohong. Nabi SAW bersabda

“Jangan sekali-kali seseorang itu bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali dengan muhrimnya"
(HR. Muttafaqun 'Alaih)

Ketujuh.

Jangan berikhtilath dengan kaum lelaki lain kecuali kerana keperluan yang terpaksa dan kemaslahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan seperlunya, seperti solat di masjid, menuntut ilmu, berta'awun untuk kebaikan dan ketaqwaan, yang tidak terlarang bagi wanita itu untuk ikut serta dalam memberi pelayanan kepada masyarakat, tetapi jangan lupa batas-batas syari'at dalam bertemu dengan lelaki.

 Begitulah antara adab-adab yang perlu diamalkan dalam kehidupan seorang wanita muslimah. Islam telah mengatur kehidupan muslimah dengan sempurna agar terhindar dari sebarang tipu daya. Jadi kepada para muslimah sekalian, jagalah maruah kerana maruah merupakan cermin diri kita.


:):):) 

 

 
 
Sahabat ilmiah baharu 

 Bismillahirrahmanirrahim.

Selawat & salam buat junjungan Nabi SAW serta kaum kerabat baginda..

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Ceria ^^
 
Kaedah Al-Matien 
(Gabungan Kaedah Lama & Baru)


ana berkongsi dgn shbt2 sedikit sebanyak tenteng buku ni..

..Adapun kaedah al-Matien yang diperkenalkan oleh Ustaz Haji Mohd Zamri Mohd. Zainuldin dan Ustaz Haji Mohamad Wahid Abdul Hanif ini telah mengabungkan kedua-dua kaedah iaitu kaedah baru (Iqra') dan kaedah lama (al-Baghdadi). Kaedah ini didapati lebih mantap dan cepat dalam menguasai bacaan Al-Quran tanpa perlu mengeja. Caranya ialah sama dengan menguasai terlebih dahulu huruf-huruf Hijaiyah secara mantap dibantu dengan menggunakan kaedah warna yang menarik minat pembaca.

Kaedah ini juga telah memperkenalkan pelbagai teknik yang berkesan untuk menguasai ilmu tajwid dengan cepat dan tepat disamping perlu mendapat bimbingan daripada guru yang bertauliah.

- Dato' Haji Hassan Haji Azahari & Dr. Abd. Rauf Dato' Haji Hassan

KANDUNGAN

KAEDAH AL-MATIEN 1
Kaedah Pengajaran Al-Matien 1
- Huruf Hijaiyah
- Baris Atas Dan Tanwin Atas
- Baris Bawah Dan Tanwin Bawah
- Baris Depan Dan Tanwin Depan
- Tanda Sukun (Tanda Mati)
- Tanda Sabdu
- Alif Lam
- Pengukuhan Al-Matien 1

KAEDAH AL-MATIEN 2
Kedah Pengajaran Al-Matien 2
- Hukum Mad
- Hukum Nun Mati Dan Tanwin
- Hukum Mim Mati
- Hukum Wajibal Ghunnah
- Hukum Idgham
- Hukum Qalqalah (Detak)
- Tafkhim Dan Tarqiq
- Hamzah Wasal
- Tanda Waqaf
- Saktah
- Bacaan Khusus (Hafs an Asim)
- Sifat Huruf (Bantuan Carta)
- Doa Membaca Al-Quran

Harga = RM17.00 (Sem) RM19.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 106 (Berwarna)
Penulis = Ustaz Hj. Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin & Ustaz Hj. Mohd. Wahid Abd. Hanif
Penerbit = Telaga Biru Sdn Bhd

murah jer..so, jgn lepaskan peluang utk memiliki buku ni..:)

 


BUKU PILIHAN

Assalamualaikum w.b.t. pembaca2 yang dikasihi krn ALLAH.

Ana ada koleksi buku baru.. Semestinya bermanfaat,kerana membaca tu salah satu wasilah ilmu.

"Bacalah.. kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu. Ilmu itu pula imam kepada segala amalan. Dan amalan itu akan membawa kepada taqwa. Allah s.w.t. telah memilih kalimah iqra' untuk mertarbiah umat..."

Nak tau buku apa yg ana nak ceritakan ni? Jeng3x..


 Cara Rasulullah Duduk,m/s 79:

*Qailah binti Makhramah r.a. meriwayatkan,

أَنَّهَا رَأَتْ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى الْمَسْجِدِ, وَهُوَ قَاعِدٌ الْقُرْفُصَاءَ. قَالَتْ: فَلَمَّا رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَخَشِّعَ فِى الْجِلْسَةِ فَأُرْعِدْتُ مِنَ الْفَرَقِ
Maksudnya: "Qailah melihat Rasulullah saw. di dalam masjid; beliau sedang duduk dengan lutut diangkat menempel perut. Qailah berkata, 'Ketika saya melihat Rasul duduk dengan sangat khusyu, saya gemetar karena khawatir.' "
(Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, dan Bukhari)


*Abdullah bin Zaid r.a. meriwayatkan,

أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْتَلْقِيًا فِى الْمَسْجِدِ, وَوَاضِعًا إِحْدَى رِجْلَيْهِ عَلَى الْأُخْرَى
Maksudnya: "Ia (Abdullah) melihat Rasulullah saw. tidur terlentang di dalam masjid dan meletakkan salah satu kaki beliau di atas kaki yang lain."
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, dan Muslim)


*Abu Sa'id al-Khudri r.a. meriwayatkan,

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا جَلَسَ فِى الْمَسْجِدِ احْتَبَى بِيَدَيْهِ
Maksudnya: "Di dalam masjid, Rasulullah saw. duduk memeluk lutut dengan punggung-kakinya diikat baju."
(Riwayat Tirmidzi, Baihaqi, dan Ibnu Adi)

Sekian dari ana, utk ana renungi sebenarnya..
Nak menulis ni payah, kerana ana perlu mengisafi diri, sejauh mana ana mengamalkannya..
Memburu ilmu adalah dengan tujuan untuk menambah amal!

Wallahu'alam, Assalamu'alaikum..:) 

Friday, April 22, 2011

Solat Dhuha 
::Murahkan rezeki, menolak kepapaan::

 
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.

Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya :
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata:
“Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.

Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Untuk mengamalkan sunat Dhuha, yang bekerja, dicadangkan mengambil wuduk di rumah. Selepas itu kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja dan insyaallah mendapat perlindungan Allah S.A.T semasa perjalanan. Bila sampai ke tempat kerja terus mengerjakan sembahyang Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah : ” Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala “

Bacaan surah yang digalakkan adalah seperti berikut:
Cara1 Cara2 Cara3
Rakaat 1 Al-Syamsy Al Dhuha Al-Kursi 7X
Rakaat 2 Al-Laiil An Nasr Al-Iklas 11X

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:

“Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”




 

Sunday, April 17, 2011

USRAH BEST..!!!


Rukun Usrah
 
At-Ta'aruf : Berkenalan
At-Tafahum : Bersefahaman
At-Takaful : Bantu membantu
USRAH DAN MATLAMATNYA
________________________________________


USRAH: PENGENALAN, TUJUAN DAN PERLAKSANAAN
Maksud
Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Sebagai istilah, usrah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam.

Anggota

Bilangan anggota usrah terhad. Dalam usrah pimpinan, anggotanya ialah ahli jawatankuasa sesesuatu peringkat organisasi. Peringkat-peringkat itu ialah peringkat Jawatankuasa Pusat dan Dewan-Dewannya, Badan Perhubungan Negeri dan Dewan-Dewannya, Jawatankuasa Kawasan dan Dewan-Dewannya dan Jawatankuasa Cawangan dan Dewan-Dewannya.


Tempat
Usrah boleh diadakan di rumah anggota usrah dengan cara bergilir-gilir atau di masjid, di surau, di musalla atau sebagainya.
Tujuan
• Meningkatkan kefahaman anggota-anggota terhadap Islam dan menentukan sikap terhadap sesuatu masalah sebagai umat Islam.
• Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jemaah.
• Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai din wa daulah, menghayatinya dalam kehidupan peribadi, menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendakwahkannya sebagai sistem hidup dalam keluarga, masyarakat dan negara.
• Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiah dalam diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik.
• Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan pelbagai bentuk cabaran dan godaan yang mengancam kemurnian Islam.
• Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya.
• Menghubungkan anggota secara langsung dengan al-Quran dan Sunnah.
• Mengikhlaskan diri anggota kepada Allah untuk mencari keredaan-Nya, mengharapkan pahala dan berasa gerun terhadap seksaan-Nya. Sebaliknya bukan disebabkan segan dengan naqib usrah atau kumpulannya. Oleh itu setiap anggota hendaklah membetulkan niat, diikuti dengan amalan sekalipun tanpa arahan sesiapa.
• Menggiat dan menyelaraskan usaha mempelajari dan memahami Islam di kalangan anggota.
• Menyediakan tenaga yang benar-benar berkemampuan berketrampilan untuk bergerak demi kepentingan Islam.
Memelihara organisasi daripada dimasuki pemikiran yang keliru dan sumbang.
• Mengukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara jemaah.


Perlaksanaan
• Usrah diadakan seminggu atau dua minggu sekali.
• Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah.
• Solat berjemaah, berwirid, membaca al-Quran adalah rukun utama majlis usrah.
• Atur cara tetap usrah yang dicadangkan ialah
o solat Maghrib berjemaah,
o berwirid dengan al-Ma'thurat
o membincangkan kertas-kertas kerja yang telah disediakan oleh naqib atau naqibah. (Naqib hendaklah menghuraikan maksud al-Ma'thurat, kelebihannya dan maksud kandungannya. )
• Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya.
• Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-tukar fikiran dengan teliti, maka majlis mengambil satu keputusan atau rumusan yang menjadi pegangan kepada semua. Usrah ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatu persetujuan. Perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit, sekiranya tajuk perbahasan merupakan isu pokok dan memerlukan pandangan pimpinan yang lebih tinggi, maka hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab dalam jemaah.
• Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu yang akan datang ditentukan oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan.
• Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus kepada organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat Islam di dalam dan luar negara.
• Usrah dikehendaki bersurai di sekitar jam 11 malam, sesudah membaca tasbih kafarah dan surah Al-Asr.
Adab Usrah
1. Ikhlas hanya kepada Allah seperti firman-Nya
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Dan tidaklah mereka disuruh, melainkan supaya menyembah Allah, serta mengikhlaskan agama bagi-Nya, beribadat mengharapkan keredaan-Nya) sambil cenderung kepada tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus (betul).
Al-Bayyinah, 98:5
dan Sabda Rasulullah:
انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرى مانوى
Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang diniatkannya.
Muttafaqun alaih
2. Meminta Izin Masuk
Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah. Firman Allah Taala,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتاً غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu, sehingga kamu minta izin dan mengucapkan salam (selamat) kepada yang empunyanya. Demikian itu lebih baik bagimu, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan.
An-Nur:27


3. Menepati Masa


Datang ke majlis tepat pada waktu yang ditetapkan. Sabda Rasulullah s.a.w.: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tanda orang munafik itu tiga, iaitu jikalau dia berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau diamanahkan dia khianat.


Mutaffaqun'alaih


4. Suci


Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih, suci serta sempurna.
Dari Abu Malik Al-Asy'ari r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Bersuci itu separuh daripada keimanan.


Riwayat Muslim
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, maksudnya: Dari Usman bin Affan r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu memperbagus wuduknya (menyempurnakan sesempurna mungkin) maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya.


Riwayat Muslim


Perkara ini diperlakukan supaya senang untuk mendirikan solat, mudah apabila memegang al-Qur'an dan ayat-ayatnya dalam teks usrah, dan terjauh daripada gangguan syaitan ... dapat berbincang tanpa dipengaruhinya.


5. Beritahu Naqib Jika Tidak Hadir


Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syarie, hendaklah segera memberitahu hal itu kepada naqib atau naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah. Hal ini bertujuan untuk
(a) melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja,
(b) supaya naqib dan sahabat tidak tertunggu-tunggu,
(c) supaya dapat mengelakkan prasangka yang tidak baik, dan
(d) supaya makanan yang disediakan tuan rumah tidak berlebihan.


6. Bersedia dari Segi Mental dan Perlakuan


Datanglah ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
وَأَوْفُواْ بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْؤُولاً


Dan penuhilah perjanjian dan sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
Al-Isra:34


Perkara ini perlu agar majlis usrah berjalan sebagaimana yang dirancang, kita dapat berlatih menunaikan amanah yang kecil sebelum diberi amanah yang besar, dan akan menjadi pendorong dan contoh kepada sahabat yang kemudian. Kegagalan kita bebuat demikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan pada masa akan datang.


7. Membawa Sumber dan Alat Tulis


Sediakan keperluan seperti al-Qur'an, teks surah, buku-buku catatan dan al-Ma'thurat (jika perlu). Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya.


8. Mengukuhkan Ukhuwah


Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah. Maksud hadis:


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri."


Riwayat Muslim


9. Menuntut Ilmu


Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan dan disampaikan kepada orang lain kecuali perkara yang rahsia. Maksud hadis:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga.


Riwayat Muslim


10. Duduk dengan Sopan


Duduk dengan bersopan santun. Majlis usrah adalah majlis zikrullah dan dihadiri sama oleh para malaikat.


Janganlah engkau layangkan pemandangan engkau kepada barang yang telah Kami beri kesukaan kepada bermacam-macam orang kafir dan janganlah engkau berdukacita terhadap mereka itu dan rendahkanlah sayap engkau kepada orang-orang yang beriman (berhina dirilah, jangan sombong).


وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ


Al Hijr:88
Nota penyunting: Janganlah berlunjur. Apabila hendak beralih kedudukan, lakukan dengan sopan. Terlalu kerap mengubah cara duduk boleh mengganggu sahabat kita.


Sabda Rasullah s.a.w., maksudnya:


... Dari Abu Hurairah r.a. Abu Said r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan dikelilingi oleh para malaikat dan ditutupi oleh rahmat serta turunlah kepada mereka itu ketenangan dalam hati mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni disebutkan-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat.


Riwayat Muslim


11. Fatihah dan Selawat


Mulakan majlis dengan membaca al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maksud hadis:


Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi s.a.w. sabdanya: Tiada suatu kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka tiada berzikir kepada Allah Ta'ala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan selawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan menyeksa mereka dan jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan mengampunkan mereka.


Riwayat Tarmizi


12. Menyampaikan kepada Orang Lain
Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan, arahan-arahan dan pengajaran dengan teliti dan tenang sambil cuba memahaminya, mencatat dan mengingat fakta dengan tepat sebelum disampaikan kepada orang lain. Maksud hadis:
Dari Abi Bakrah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir kerana sesungguhnya mudah-mudahan (diharapkan) orang yang disampaikan itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari yang menyampaikannya.
Riwayat Bukhari dan Muslim


13. Bertanya dengan Izin


Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib atau naqibah.


14. Mencelah Hanya Apabila Sangat Perlu


Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi penerangan kecuali dalam perkara yang memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan bacaan yang silap). Jika kita mencelah, naqib atau sahabat usrah mungkin kehilangan tumpuan terhadap perkara yang sedang diperkatakan.


15. Mengawal Suara


Jangan mengangkat suara tinggi lebih daripada keperluan pendengar. Hal Ini dilarang oleh Allah sebagaimana firman-Nya


وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.


Luqman :19
16. Tenang dan Serius


Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius. Maksud hadis:


Dari Anas r.a. katanya: Nabi Muhammad s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu kerana amat menakutkan. Baginda bersabda: "Andai kata engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Para sahabat menutupi wajah masing-masing sambil mendengar suara esakannya.


Mutaffaqun'alaih


17. Jangan Bergurau
Jangan banyak bergurau. Umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah bertukar menjadi majlis jenaka, gurau senda dan gelak ketawa. Keperluan bergurau terkawal dan terhad pada perkara yang benar sahaja.


18. Jangan Merokok


Jangan merokok di tempat usrah. Usahakanlah agar tabiat merokok ini boleh ditinggalkan terus. Bau asap boleh mengganggu sahabat dan tuan rumah yang tidak merokok. Nota penyunting: Alhamdulillah, telah sebelas tahun saya dapat meninggalkan tabiat merokok. Usrah berjaya membentuk peribadi saya dari segi ini.


19. Jangan Banyak Soal


Jangan mempersoalkan arahan-arahan yang telah diberikan dengan jelas dan menepati syarat: Maksud hadis:


Sesungguhnya binasa umat sebelum kamu kerana mereka banyak menyoal (yang tidak berfaedah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka.


Mutaffaqun'alaih


20. Izin keluar Majlis


Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis kerana sesuatu keperluan. Keluar dari majlis tanpa izin merupakan perangai orang munafik.
Firman Allah,


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِذَا كَانُوا مَعَهُ عَلَى أَمْرٍ جَامِعٍ لَمْ يَذْهَبُوا حَتَّى يَسْتَأْذِنُوهُ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ فَإِذَا اسْتَأْذَنُوكَ لِبَعْضِ شَأْنِهِمْ فَأْذَن لِّمَن شِئْتَ مِنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمُ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. An-Nur :62


21. Jangan Bertengkar


Jangan sekali-kali bertengkar kerana pertengkaran akan merenggangkan ukhuwah sedangkan antara matlamat usrah ialah untuk memupuk ukhuwah.
Allah berfirman




إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Orang-orang mukmin itu sesungguhnya bersaudara. Sebab damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu dan takutlah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.


Al-Hujurat, 49:10


Firman Allah lagi,


وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.


Al-Anfal, 8:46


22. Berusaha mengenali sahabat


Sentiasa berusaha di dalam dan di luar majlis usrah untuk mengenali sahabat-sahabat satu usrah.


23. Membaca Tasbih Kafarah
Akhiri majlis dengan membaca tasbih kafarah dan surah al-Asr secara sedar dan memahami serta menghayati maknanya.


Tasbih Kifarah:
سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك
Maha Suci engkau Ya Allah
dan aku naik saksi Tiada Tuhan Melainkan Engkau
dan aku memohon ampun serta taubat kepadaMu
Al-Asr


وَالْعَصْرِ
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ


Demi masa sesungguhmanusia itu dalam kerugian
kecuali mereka yang pesan memesan dengan kebenaran
dan pesan-memesan dengan kesabaran.


Maksud hadis:


Daripada Abu Barzah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda pada penghabisannya jikalau beliau s.a.w. hendaklah berdiri dari majlis yang ertinya: "Maha Suci Engkau ya Allah, dan saya mengucapkan puji-pujian pada-Mu. Saya menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau saya mohon ampun serta bertaubat pada-Mu." Kemudian ada seorang lelaki berkata. "Ya Rasulullah! Sesungguhnya tuan mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pernah tuan ucapkan sebelum ini." Baginda bersabda: "Yang demikian itu adalah sebagai kafarah (penebus) daripada apa saja yakni kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan yang ada di dalam majlis itu."


Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud juga diriwayatkan oleh imam Hakim iaitu Abu Abdillah dalam kitab Al-Mustadrak dari riwayat Aisyah radiallahu anha dan ia mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih isnadnya.


24. Bersalaman


Bersalaman dan saling bermaaf-maafan selepas selesai majlis. Firman Allah s.w.t.,
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya serta memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Ali Imran:134
Firman Allah s.w.t. lagi:


خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh."


Al-A'raf, :199
25. Bersegera Pulang


Terus pulang apabila selesai majlis kecuali ada keperluan yang penting. Berilah peluang kepada tuan rumah untuk berkemas dan fahamilah bahawa tuan rumah mungkin letih dan hendak segera berehat atau dia ada urusan lain.


26. Menjaga Rahsia Jemaah


Rahsiakan setiap perbincangan, maklumat atau arahan yang telah diputuskan tentang sesuatu perkara atau setiap perkara yang dikirakan tidak patut untuk disebarkan.


Itulah di antara adab-adab usrah yang patut menjadi amalan setiap naqib atau naqibah dan setiap anggota usrah supaya matlamat usrah akan tercapai, insya Allah






________________________________________
" Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "
Jom Ikut Usrah...!!!
:):):)