Sunday, April 17, 2011


..::solat berJemaah::.. 
 
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah- kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya". (asSaff:2-3)

“ Peliharalah segala solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah(dalam solatmu) dengan khusyu’.” ( Al Baqarah : 238)



Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Shalatnya seseorang lelaki dalam jamaah itu dilipat gandakan pahalanya melebihi shalatnya di rumahnya secara sendirian -munfarid – atau di pasarnya dengan duapuluh lima kali lipatnya. Yang sedemikian itu ialah kerana bahwasanya apabila seseorang itu berwudhu’ lalu memperbaguskan cara wudhu’nya, kemudian keluar ke masjid, sedang tidak ada yang menyebabkan keluarnya itu melainkan kerana hendak bersembahyang, maka tidaklah ia melangkah sekali langkah, melainkan dinaikkanlah untuknya sederajat dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan. Selanjutnya apabila ia bersembahyang, maka para malaikat itu senantiasa mendoakan untuknya supaya ia memperoleh kerahmatan Allah, selama masih tetap berada di tempat shalatnya, juga selama ia tidak berhadas. Ucapan malaikat itu iaiah: “Ya Allah, berikanlah kerahmatan pada orang itu; ya Allah, belas-kasihanilah ia.” Orang tersebut dianggap berada dalam shalat, selama ia menantikan solat jamaah: (Imam Bukhari)

Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Hikmah mengamalkannya sangat banyak yang sepatutnya direbut oleh umat Islam terutama kaum lelaki. Namun begitu, ramai dalam kalangan kita yang ambil mudah dalam perkara ini dan hanya solat berjemaah di masjid hanya ketika solat jumaat. Hal seperti ini sangatlah malang dan tidak sepatutnya berlaku:

“Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Shalat jamaah adalah lebih utama dari shalat fadz – yakni sendirian -dengan kelebihan duapuluh tujuh derajat.” – Muttafaq ‘alaih

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Ada seorang lelaki buta matanya datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Ya Rasulullah,saya ini tidak mempunyai seorang pembimbing yang dapat membimbing saya untuk pergi ke masjid,” lalu ia meminta kepada Rasulullah s.a.w. supaya diberi kelonggaran untuk bersembahyang di rumahnya saja, kemudian beliau s.a.w. memberikan kelonggaran padanya. Setelah orang itu berlalu, lalu beliau s.a.w. memanggilnya dan berkata padanya: “Adakah engkau mendengar azan shalat?” Orang itu menjawab: “Ya, mendengar.” Beliau s.a.w. bersabda lagi: “Kalau begitu, kabulkanlah isi azannya itu.” Maksudnya: Datanglah untuk mengikuti jamaah, kalau menghendaki banyak fadhilat. – Riwayat Muslim

Dalam dua hadis di atas, ketahuilah bahawa hatta lelaki yang buta pun digalakkan oleh Rasulullah S.A.W untuk bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid kerana banyaknya fadhilat, apatah lagi kita yang tidak cacat penglihatan, amatlah dituntut untuk bersolat berjemaah di masjid jikalau tiada halangan. Kenapa solat berjemaah ini sangat dituntut?

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi telah bersabda :

Ertinya : “ Aku berniat memerintahkan kaum muslimin untuk mendirikan solat. Maka aku perintahkan seseorang untuk menjadi imam dan solat bersama manusia. Kemudian aku berangkat dengan kaum muslimin yang membawa seikat kayu bakar menuju orang-orang yang tidak mau ikut solat berjamaah, dan aku bakar rumah-rumah mereka.(HR. Bukhari Muslim)

Abdullah bin Mas’ud Ra berkata : “ Engkau telah melihat kami, tidaklah seseorang yang meninggalkan solat berjamaah, kecuali ia seorang munafik yang diketahui nifaknya, atau seseorang yang sakit, bahkan seorang yang sakit pun berjalan(dengan dipapah) antara dua orang untuk mendatangi solat(solat berjamaah di masjid ).” Abdullah bin Mas’ud lalu menegaskan, “ Rasulullah mengajarkan kita jalan-jalan hidayah, dan salah satu jalan hidayah itu adalah solat di masjid(solat yang dikerjakan di masjid ).”( shahih muslim)

Abdullah bin Mas’ud Ra berkata : “ Barang siapa ingin bertemu Allah di hari akhir nanti dalam keadaan muslim, maka hendaklah memelihara semua solat yang diserukanNya. Allah telah menetapkan kepada Nabi kalian jalan-jalan hidayah dan solat itu termasuk jalan hidayah. Kalau kamu solat di rumah berarti kalian telah meninggalkan jalan nabi kamu. Jika kalian meninggalkan jalan nabi kamu, maka pasti kamu akan sesat. Seorang lelaki yang bersuci dengan baik, kemudian menuju ke masjid, maka Allah menulis setiap langkahnya satu kebaikan, mengangkatnya satu darjat, dan menghapus satu kejahatannya. Engkau telah melihat di kalangan kami, tidak pernah ada yang meninggalkan solat ( berjamaah ). kecuali orang munafik yang sudah nyata dan jelas nifaknya. Perlu diketahui pernah ada seorang lelaki hadir dengan dituntun antara dua orang untuk didirikan di shaf.”



Ketahuilah, solat berjemaah itu mengingatkan kita kepada peristiwa agung yang pasti berlaku iaitu hari kiamat yang mana kita akan dikumpulkan di padang Mahsyar pada hari itu bagi menghitung amalan kita selama kehidupan kita di dunia ini. Hari kiamat akan berlaku pada hari Jumaat sepertimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah S.A.W. Hal ini kerana, perkataan jumaat itu sendiri bermaksud berkumpul atau berhimpun. Oleh sebab itulah, disyariatkan pada hari Jumaat supaya ditunaikan solat Jumaat sebagai peringatan tentang hari Kiamat; gambaran himpunan manusia pada hari itu; yang datang berkumpul secara saf; sepertimana kita berada dalam saf ketika menunaikan solat berjemaah di masjid atau surau atau musolla(tempat lapang). Nama lain bagi hari Kiamat sendiri pun ialah hari Perhimpunan atau berkumpul. Maka, jelaslah kita akan betapa pentingnya solat berjemaah ini kerana ia ternyata mengingatkan kita kepada peristiwa yang dahsyat itu lantas kita akan sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Firman ALLAH ‘Azza Wa Jalla:
“Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka. Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” – Surah At Taubah Ayat 17 dan 18

Dari Ibnu Mas’ud r.a.,katanya: “Barangsiapa yang senang kalau menemui Allah Ta’ala besok – pada hari kiamat – dalam keadaan Muslim, maka hendaklah ia menjaga solat-solat fardhu ini di waktu ia dipanggil untuk mendatanginya – yakni jika sudah mendengar azan, sebab sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabimu semua s.a.w. beberapa jalan petunjuk dan sesungguhnya shalat-shalat itu adalah termasuk sebagian dari jalan-jalan petunjuk tersebut. Andaikata engkau semua sama bersembahyang dalam rumah-rumahmu sendiri sebagaimana shalatnya orang yang suka meninggalkan jamaah itu, yakni yang bersembahyang dalam rumahnya, niscayalah engkau semua telah meninggalkan sunnah Nabimu, selanjutnya jikalau engkau semua telah meninggalkan sunnah Nabimu, maka niscayalah engkau semua tersesat. Sungguh-sungguh saya telah melihat sendiri bahwa tidak ada seorangpun yang suka meninggalkan shalat-shalat – itu dengan berjamaah -melainkan ia adalah seorang munafik yang dapat dimaklumi ke-munafikannya. Sungguh ada pula seseorang itu yang didatangkan untuk menghadiri solat jamaah itu, ia disandarkan antara dua orang lelaki sehingga ia ditegakkan di dalam saf – karena ia mengetahui betapa besar fadhilahnya shalat berjamaah itu.” – Riwayat Muslim

Dalam kehidupan pada hari ini, tidak dinafikan bahawa kita memang sibuk dengan urusan keduniaan sama ada belajar, mencari nafkah dan sebagainya. Namun begitu, setidak-tidaknya kita hadirkan diri ke masjid atau surau untuk bersolat berjemaah sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Waktu yang sesuai ialah Maghrib, Isya’ dan Subuh yang mana kita agak mempunyai kelapangan. Justeru, kita haruslah menggunakan kesempatan yang ada ini untuk bersama-sama mengimarahkan masjid daripada suka memberikan alasan. Apatah lagi besar fadhilatnya solat berjemaah Subuh dan Isya’.

Dari Usman r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat Isya’ dengan jamaah, maka seolaholah ia mendirikan solat separuh malam dan barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh dengan jamaah, maka seolah-olah ia mendirikan solat semalam suntuk.” - Riwayat Muslim

Tuntutan menunaikan solat wajib secara berjemaah di masjid ini lebih kepada kaum lelaki. Sebaliknya kaum wanita boleh juga bersama-sama mengikut tuntutan ini tetapi adalah lebih baik dielakkan fitnah jikalau wujud unsur-unsur tersebut.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya pertama-tama amalan yang seseorang itu di-hisab dengannya ialah solatnya, maka jikalau baik solatnya itu, sungguh-sungguh berbahagialah dan beruntunglah ia dan jikalau rosak, sungguh-sungguh menyesal dan merugilah ia. jikalau seseorang itu ada kekurangan dari sesuatu amalan wajibnya, maka Tuhan Azzawajalla berfirman: “Periksalah olehmu semua – hai malaikat, apakah hambaKu itu mempunyai amalan yang sunnah.” Maka dengan amalan yang sunnah itulah ditutupnya kekurangan amalan wajibnya, kemudian cara memperhitungkan amalan-amalan lainnya itupun seperti cara memperhitungkan amalan shalat ini.” - Diriwayatkan oleh Imam Termidzi


..::fastabiqulkhairat::..


Friday, April 15, 2011

MAJLIS ILMU BERSAMA DATO' DR HARUN DIN DI MASJID LAMA GOPENG
 
Sabda Rasullullah s.a.w
"Sesungguhnya para Malaikat akan melindungi penuntut ilmu dengan sayap-sayapnya kerana ridha dengan apa yang dibuatnya"








Rasulullah saw. bersabda: "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: Aku sentiasa menurut sangka hamba-Ku kepadaKu, dan Aku sentiasa bersamanya ketika dia menyebut namaKu. Jika dia menyebut namaKu dalam hatinya, maka Aku menyebutnya pula dalam hatiKu. Dan jika dia menyebut Ku dalam majlis ramai, maka Aku menyebutnya dalam majlis ramai yang lebih baik. Jika dia mendekati Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Dan jika dia mendekati-u sehasta. Aku mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepadaKu berjalan kaki, Aku mendatanginya dengan berlari." 
KITAB PERSOALAN KHILAFIYYAH & PENJELASAN ULAMA' | INILAH JAWAPANNYA...



Sekapur Sireh Dari Murabbi



Berkata Al-Faqiirul Haqiirul Faanii, al-Muznibul Jaanii, ar-Raajii min Rabbihil ‘Afwa ma’a Buluughil Aamaanii, Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy:


“Para masyaikhku telah menasihatkanku beberapa perkara:

“Ikhlaskan niatmu dalam menuntut ilmu kerana sukar bagi hati untuk dimasuki cahaya jika di dalamnya ada sesuatu yang dibenci Allah.”


“Sucikan hatimu dari kekotoran maksiat kerana hati yang kotor tidak dapat menerima rahsia-rahsia ilmu dan kurniaan Allah.”


“Tuntutlah ilmu agama secara talaqi daripara masyaikh yang bersanad kerana ada padanya madad dan keberkatan.”


“Ilmu adalah sangat mulia. Justeru, bersabarlah dalam menuntut ilmu kerana semakin bertambah mulia sesuatu yang dituntut, maka semakin bertambah pula keletihan dan kepayahan dalam mencapainya.”



“Muliakanlah para ulama’, ilmu dan kitab-kitab mereka. Lazimikanlah dirimu untuk membaca kisah-kisah dan kitab-kitab para Salafus Soleh dan ulama Khalaf yang soleh terutamanya kitab Ihya ‘Ulumiddin karangan Hujjatul Islam, Al-Imam Al-Ghazzali kerana ia adalah perbendaharaan dari segala macam ilmu dan penawar yang mujarab bagi penyakit-penyakit hati.”


“Menuntut ilmu bukan hanya untuk mengisi otak dan fikiran, tetapi juga untuk memperhaluskan perasaan dan menyuburkan kebijaksanaan. Apa yang dicari bukan hanya semata-mata ilmu, tetapi juga manfaat dan keberkatannya. Justeru, jagalah adab-adab ketika menuntut ilmu untuk memperolehinya.”


“Cintailah Rasulullah dan keturunannya kerana jika hanya berilmu tanpa Mahabbatun Nabi, hati akan menjadi ‘gersang’.”


Demikianlah nasihat ini ditujukan juga kepada semua ahli pengajian talaqiku khasnya dan kepada semuanya penuntut ilmu amnya.”


10 Muwasafat (Sifat-sifat) Tarbiah


 Pesan As-Sheikh Hassan Hudaibi: “Tegakkanlah Islam di dalam dirimu, nescaya ia tertegak di watanmu”

Sifat-sifat yg perlu kita bina:

1.
Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2.
Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Walaupun kaya, perlu bekerja.
Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
Menjauhi riba dalam semua lapangan.
Menyimpan untuk waktu kesempitan.
Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.
Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyul Jism)
Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.
Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Γ’€Ε“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan
Pesanan al-Banna: Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka..’Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.’

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syuΓ’€™unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’€™un li ghairihi)
Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah

Wallahu’alam

Kuliah Bulanan bersama Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz

 
Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki - April 2011



Jom sama2 kita mencari keredhaan Ilahi melalui majlis ilmu..:)