Thursday, August 11, 2011

Fenomena Berpurdah(Niqobis) di Facebook
Trend ke sekarang ni?? atau kerana Allah ??

Lewat beberapa minggu sebelum ini, kecoh dengan isu drama Tahajjud Cinta di tv3. Cukuplah...Saya yakin, masing-masing sudah boleh membuat kesimpulan sendiri daripada isu tersebut. Hakikat yang perlu diakui adalah, dilema kejahilan dalam masyarakat masih di tahap yang serius dan membimbangkan.
Kerana itu, mengomel dan menunding jari sahaja tidak memadai.
Sebagai contoh, salah satu perkara yang dibantah dalam drama tersebut adalah babak selak purdah. "Umumnya, pemakai purdah akan terus dianggap sebagai golongan yang baiknya bukan di tahap biasa-biasa. Baiknya itu di tahap yang luar biasa." Apabila sesuatu yang baiknya luar biasa kita gandingkan dengan adegan jahiliah seumpama berdua-duaan ataupun berpegangan, maka ia akan mencetus suatu kejutan sensitiviti kepada semua orang.
Namun di sebalik semua itu, ternyata bilangan yang sekadar terkejut dan mengomen lebih banyak berkali ganda daripada golongan yang mahu mengajak atau mendidik.
Sunnahnya begitu. Golongan yang sedar akan tanggungjawab untuk mengajak, mendidik dan memberi faham adalah golongan yang sedikit. Jiwa mereka mahukan pencerahan, bukan pergolakan yang berpanjangan. Krisis jahil itu telah sekian lama menjadi barah yang sunyi dari rawatan.


Purdah = Ustazah ???

Berpurdah atau berniqab, secara mudah akan dilabel sebagai ustazah.

Fikiran sebegini, dianggap betul pada sebahagian orang dan itulah yang mereka pegang zaman berzaman. Orang yang menganggap pernyataan ini betul, adalah orang-orang awam yang menilai segala perkara melalui zahiriah semata-mata. "Seorang ustaz mesti pakai kopiah. Siapa yang selalu pakai serban, dia adalah ustaz. Siapa yang selalu pakai tudung labuh, dia adalah ustazah."

Sedang hakikatnya tidak begitu. Ustaz atau ustazah, boleh saja dilabel kepada sesiapa sahaja, apatah lagi jika yang dinilai hanyalah pakaian. Walhal, label itu tidak ada kena mengena dengan soal pakaian secara khusus. Ia berkait rapat dengan soal warak, zuhud, alim dan bijaksana pada seseorang. Semestinya, kemahiran dalam bidang agama adalah teras kepada kelayakan seseorang berada di tempat ustaz atau ustazah. Itu secara hakikat bukan semata-mata persepsi atau gelaran.

Namun perlu diingat. Mahu atau tidak, kita harus terima bahawa dalam masyarakat kita tidak semuanya mempunyai kefahaman agama yang baik. "Masih ramai yang jahil dan tak kurang juga yang berlagak tahu – enggan mengaku jahil."

Maka kalau anda ingin memakai purdah atau niqab, sila ambil kira juga kefahaman masyarakat dalam menilai diri anda.


 
Fenomena Niqobis

Di alam maya ini, lewat "aktiviti berfacebook" ataupun "berblogwalking", secara jujurnya saya melihat semakin ramai wanita yang memakai purdah atau niqab. Tak kurang juga yang menjadikan purdah dan niqab itu sebagai identiti mereka.

Apabila diperhati kepada apa yang dicatat di blog-blog mereka, semuanya cenderung mengajak pembaca kepada nilai ‘ubudiyyah kita kepada Allah. Banyak ayat-ayat tazkirah, firman dan sabda serta tidak kurang juga artikel-artikel agama yang disalin dari pelbagai sumber.

Sekali imbas, saya yakin jiwa mereka sangat lunak dengan agama.

"Tetapi suatu keanehan yang paling ketara adalah sebahagian mereka mempunyai tabiat tidak sihat yang sangat bertentangan dengan sunnah berpurdah itu sendiri". Ini mencetus suatu kepelikan yang tidak kunjung sudah di hati saya. Dalam hal ini, saya mempunyai beberapa pendapat :

Pertama : berpurdah itu khilaf antara wajib ataupun sunat. Ada yang menganggap sebagai wajib maka dia mengharamkan wajahnya dari ditatap, dengan meyakini bahawa wajahnya itu juga adalah aurat seumpama rambut dan tangan. Manakala yang menganggapnya sebagai sunat, memakainya sebagai suatu alternatif menzahirkan komitmen ‘ubudiyyahnya kepada Allah. Golongan ini memakai purdah di tempat tertentu dan membukanya di tempat yang lain. Pada saya, selagi mana dianggap sunat maka tidaklah menjadi masalah. Cuma dari sudut istiqamah, ia kelihatan sedikit cacat.

Kedua : berpurdah itu suatu tahap yang hanya boleh dicapai selepas selesai tahap asas terlebih dahulu. Berpurdah itu umpama mengupgrade diri ke peringkat yang lebih baik. Tahap asas yang dimaksudkan itu adalah menutup aurat dengan sempurna, menjauhkan diri dari budaya tabarruj ( berhias diri dan menarik perhatian lelaki ajnabi ) serta mempraktikkan nilai-nilai akhlak seorang muslimah di dalam diri sendiri. Kesemua itu adalah perkara wajib yang telah disepakati dan bukan merupakan perkara khilafiah. Adapun berpurdah, tidak sampai ke tahap itu. Mudahnya, anda tidak boleh memakai baju lengan sekerat kemudian memakai purdah. Sebaliknya anda haruslah berpakaian menutup aurat dengan sempurna terlebih dahulu, barulah anda menambah dengan memakai purdah.

Ketiga : Tujuan memakai purdah bukanlah supaya diri anda tidak dikenali. Ia bukan soal ‘hadang muka’. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anda dari menjadi perhatian lelaki ajnabi ataupun menimbulkan fitnah kepada mereka. Atas kesedaran ini anda memakai purdah demi menjaga maruah dan agama anda. Selaras dengan tindakan ini, anda tentunya akan sedaya upaya mengelakkan diri anda dari menjadi tatapan orang ramai, lebih-lebih lagi di alam maya. 

 
"Adalah sesuatu yang aneh jika anda memakai purdah tetapi mengambil gambar sendiri dalam jarak yang cukup dekat kemudian diletakkan di facebook ataupun blog dengan saiz yang begitu besar!!"

Itulah namanya simptom dari kejahilan. Jahil dari awal-awal mengorak langkah lagi, iaitu untuk apa anda memakai purdah? Ini kerana yang membezakan antara dua wanita yang memakai purdah adalah iman dan kefahaman mereka. "Sedangkan kain sehelai itu bukankah neraca penentu taqwa ataupun tidak."

Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan ‘mahal’. Ada yang memakai purdah kerana mahu menyorok kelemahan tertentu. Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan lebih cantik atau mahu bergaya. Ada yang obses dengan trend dan fesyen. Ada yang obses dengan watak dalam filem atau drama ‘cinta Islamik’. Dan ada juga yang benar-benar memakai purdah kerana mengharapkan keredhaan Allah.

Nah. Sekarang anda di posisi yang mana?


‘Niqobis’ Alam Maya

Secara zahirnya, ada tiga kepelikan ketara yang sering saya lihat pada niqobis yang aktif di 
alam maya :

1- Bergambar.

Bergambar dalam jarak jauh dan jika tersiar pun, dalam saiz yang kecil pada saya tidaklah menjadi masalah. Jika jarak jauh dan saiz kepala pula hanya sebesar kepala mancis, tiada siapa yang akan tertarik. Yang kenal pun, tentulah kenalan rapat sendiri sahaja.
"Tetapi jika diletak dengan sebesar-besarnya, sehingga begitu jelas bulu mata yang lentik dengan sekeliling mata berhias celak, itu jelas sekali bertentangan dengan objektif memakai purdah itu sendiri. Meskipun hanya mata yang kelihatan, tetapi jika sejelas itu terpampang, sudah tentu bisa jua mencairkan hati anak adam."
Anda sedang meletakkan magnet yang menarik fitnah. Apakah anda fikir jelingan mata anda itu bebas daripada virus fitnah wanita yang disabdakan oleh Nabi s.a.w ..?

2- Tabarruj

Ada beberapa ciri asas dalam tabarruj, antaranya adalah jenis pakaian yang boleh menarik perhatian lelaki ajnabi dan memakai bau-bauan yang kuat. Ramai niqobis yang seolah keliru dengan diri sendiri. Asalnya memakai purdah dan berbaju labuh untuk mengelak dari menarik perhatian atau menimbulkan fitnah, tetapi lama kelamaan seolah mengambil kesempatan pula ke atas pakaian labuh dan purdah. Daripada satu warna, menjadi banyak warna. Daripada kosong semata, jadi berhias pelbagai manik berkelipan pula. Sudahnya, makin lama makin pelik.
"Lebih pelik, tangkap gambar banyak-banyak dan masukkan dalam blog secara bersiri. Untuk apa?"
 
3- Mendedahkan aurat

Sudah banyak dijelaskan di sana sini, bahawa menutup aurat itu bukan bermakna menutup rambut. Ada beza yang besar antara keduanya. Jika anda mahu ikut kefahaman sendiri, anda boleh tutup rambut dengan scarf sahaja. Tetapi jika anda mahu ikut Islam, anda wajib menutup seluruh rambut dengan melabuhkan tudung hingga ke bahagian bawah dada, serta memakai baju yang labuh dan tidak menampakkan bentuk badan. Barulah anda diiktiraf sebagai menutup aurat. Yang akan mengiktiraf itu adalah Allah, bukannya manusia. Tetapi saya lihat, ramai niqobis yang tidak mengupgrade disiplin pemakaian mereka sesuai dengan tuntutan syarak, sebaliknya menambah sehelai kain untuk menutup sebahagian muka pula. Ini pelik.

Dengan tabiat yang suka memakai t-shirt dan seluar jeans, dia menambah sehelai kain di muka lalu memanggil dirinya sebagai wanita berpurdah. Ini gharib. Ada juga yang bertudung silang ( tidak dilabuhkan ke dada ) tetapi memakai purdah. Ini juga gharib.

Dalam kesemua yang saya lihat dan perhatikan, saya fikir, sesiapa yang mahu memakai purdah, perlulah berhati-hati. Kenapa?

Pertama : Anda malu dengan manusia. Di dunia ini pun anda sudah merasa malu, kerana anda dilihat sebagai jahil dan aneh. Memakai serban tetapi berseluar pendek, ibaratnya begitu.

Kedua : Di akhirat kelak, anda akan ditanya oleh Allah atas apa yang anda pakai di dunia. Tidak cukup bab tidak menutup aurat dengan sempurna, ditambah pula dengan bab mengapa memakai sehelai kain di muka sedangkan perintah menutup aurat diabaikan. Dari satu hal bertambah jadi dua hal semata-mata kerana anda gatal tangan mahu memakai purdah tanpa terlebih dahulu menjelaskan niat kerana Allah. Itu cari penyakit namanya.

Justeru, sila berhati-hati jika ingin memakai purdah. Apabila anda meletakkan diri anda di tahap itu, maka mahu atau tidak, anda perlu menjadi sepertimana orang yang berada di tahap itu. Baik dari segi perkataan, perbuatan mahupun pemakaian. Sebenarnya, semua itu tidak akan membebankan anda pun jika anda benar-benar ikhlas memakai purdah. Tetapi jika sebaliknya, kekallah anda dalam ‘azab’ kegelisahan yang berpanjangan.



Fikir-fikirkanlah...


“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka....”.  
Surah an- Nur, ayat 31...



 

Thursday, July 28, 2011

.::Hebahan Pengajian Ilmu::.


Saturday, July 16, 2011

.:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::.
Gambar Kenangan Lantunan Mahabbah
Rasulillah

"Maka di saat itu beruntunglah mereka yang selalu berzikir, yang mengingati Allah dan Allah mengingatinya, yang merindui Allah dan Allah merinduinya."

Thursday, July 14, 2011

(^_^)
Gambar Kenangan Lantunan Mahabbah
Rasulillah


SYEIKH NURUDDIN MARBU AL BANJARI AL MAKKI

SYEIKH NURUDDIN BERSAMA DENGAN SYEIKH ZAINUL ASRI

 PELAJAR MAAHAD ZEIN AL MAKKI, INDONESIA
 PELAJAR MAAHAD DARUL HADITH, YAYASAN PAKSI
 SYEIKH ZAINUL ASRI HJ RAMLI
 PARA JEMAAH LELAKI YANG HADIR
 
 
Alhamdulillah... Allahuakbar... Terasa gembira dengan aturan Allah yang sangat indah.  Para pencinta Rasulillah berkumpul di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah. Semua rakyat berkumpul di bawah lembanyung mahabbah Rasulillah sollahu 'alaihi wasalam.

"Seseorang Akan  Bersama dengan Siapa Yang Ia Kasihi"


Sunday, June 19, 2011

.::Lantunan Mahabbah::. 
Rasulillah

 JANGAN LEPASKAN PELUANG INDAH DAN SYAHDU INI
 
Masih tergambarkah ketika 4 MAC 2011 anda bersama hampir 4000 pencinta rasul berpakaian putih di kediaman rasmi MB…penuh syahdu berzikir, berselawat lalu berdoa untuk hadir lagi dalam majlis seumpama itu
Alhamdulilah… kini untuk kali kedua nya kita himpunkan lebih ramai lagi bagi memastikan semua kita dapat merasai suasana penuh syahdu dan indah itu
Bayangkan untuk kali ini sasaran kita 8000 pencinta rasul berkumpul
Semua bertahlil seorang 100 kali, tasbih ,tahmid, takbir,berselawat 100 kali, semua menadah tangan bermunajat berdoa kepada Allah
Sedarkah kah kita pada hari itu sebenarnya kita mengumpulkan
- 800 000 kali tahlil,
- 800 000 kali tasbih, tahmid takbir,
- 800 000 kali selawat,
- 1 600 000 tangan menadah memohon doa untuk kita dan keluarga serta kepada yang telah meninggal memerlukan doa dari kita juga kesejahteraan negeri kedah dan Ummah
Ayuh!!! Pastikan anda tidak ketinggalan pada 08.07.2011 di stadium sultan abd.halim...

YANG MAMPU ANDA LAKUKAN
 
.::SEBELUM 8 JULAI::.

 *TANAMKAN AZAM DAN NIAT UNTUK HADIR BERSAMA PADA TARIKHNYA IAITU 8 JULAI 2011 
 * BERAZAM UNTUK MEMBAWA SELURUH AHLI KELUARGA AGAR MEREKA JUGA MENDAPAT MANFAATNYA
* BERAZAM UNTUK MENGAJAK 10 RAKAN/JIRAN YANG LAIN UNTUK HADIR 
* MAKLUMKAN KEPADA RAKAN TAULAN, JIRAN MELALUI POSTER EDARAN HANDBILL SMS, TELEFON, FACEBOOK, BLOG LAMAN WEB DAN SEBAGAINYA. DIMASJID DAN SURAU SERTA MAJLIS ILMU DAN KERAMAIAN
* INGATKAN DAN PESAN KEPADA MEREKA UNTUK TIDAK LUPA TARIKH 8 JULAI
* BANYAK KAN SELAWAT, ZIKIR DAN ISTIQFAR SUPAYA KEHADIRAN KITA DENGAN HATI YANG BERSIH ( CADANGAN 5000 SELAWAT DAN 5 000 ISTIQFAR) 
* SEDIAKAN PAKAIAN PUTIH
* HANTARAN BORANG TAHLIL KHUSUS UNTUK ARWAH KEPADA MAAHAD DARUL HADIS ATAU MANA-MANA KELAS PENGAJIAN PAKSI SEBELUM 8 JULAI.

.::PADA 8 JULAI::.

*PASTIKAN SAUDARA NIATKAN HADIR SEMATA-MATA KERANA ALLAH UNTUK MENGAGUNGKAN DAN MEMUJI ALLAH DAN RASULNYA
*BERPAKAIAN PUTIH DAN BERWANGIAN SERTA BAWA SEDIKIT JUADAH
*SAMPAI SEBELUM JAM 7.50 PAGI 
*PENUHI TIAP PINTAAN DARI PENGACARA MAJLIS DAN SYEIKH
*BERSAMA MENGIKUTI SEMUA ACARA HINGGA TAMAT 
*MAKLUMKAN KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI 

SESEORANG YANG HADIR ATAS JEMPUTAN ANDA,

SETIAP AMALAN NYA SEPANJANG MAJLIS TERSEBUT PAHALA NYA JUGA UNTUK ANDA . REBUTLAH PELUANG INI ... 
 


 
 

Lantunan Mahabbah Rasulillah


Jangan lepaskan peluang keemasan untuk bersama dengan ulama solehin dalam majlis yang penuh mahabbah. Kepada sahabat-sahabat, sila hebahkan majlis bermanfaat ini kepada kenalan rapat,keluarga dan lain-lain.Semoga kita semua keredhaan dari Allah s.w.t.

Saturday, June 18, 2011

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN DI MAJLIS AL ALAMAH HABIB ZEIN BIN IBRAHIM DI KELANTAN

Alhamdulillah , majlis ulama bersama Al Habib Zein bin Ibrahim Sumaith di Kelantan baru ini bermula
13-15 /06/2011sangat bermakna buat rakyat Malaysia . Berkat majlis ini, Allah satukan para ulama yang datang dari seluruh pelusuk negara . Terdapat wakil ulama Pondok Pattani , Kelantan , Kedah dan ulama seluruh Malaysia . 


Majlis ilmu yang dipimpin oleh Al Habib 


Selawat memuji Rasulullah SAW 



Ulama Kedah yang diketuai oleh
Baba Yahya , Ustaz Aminuddin , Pak Long Alor Janggus bersama sebahagian ulama Pattani termasuk Baba Abd Karim Dala , Baba Ghazali Sekam , Baba Abdullah Bermin , dan ramai lagi ulama dari Pattani ...


Al HABIB ZEIN BERSAMA BABA AZIZ 


Ijazah sanad dari Habib mulia



Rombongan Kedah yang diketuai Baba Yahya 


Rombongan Kedah Ustaz Nasir , Ustaz Aminuddin Abd Rahim , Pak Long Zohair , Saudara Shukur (Su Ummah Berselawat ) 



Baba Aziz bersama ulama Pattani 



Habib di Rumah YB Hussam Musa
YB Hussam Musa , pemimpin yang sangat cintakan ulama .
Pimpinan PAS yang seperti ini yang kita mahu .


Ustaz Amin bersama Ust Zul MELAKA 


ULAMA kedah bersama MAULANA HUSSIN 


Maulana Hussin berkenan izajahkan sanad pada rombongan dari Kedah