Wednesday, May 11, 2011

.::Maafkan Ana Ya Ukhti::.
 

Suatu kisah, ia benar belaka,
Seorang pemuda dalam pencarian,
mencari pemilik rusuk kirinya,
Sudah bertahun bersendirian,
kemudian muncullah calon yang entah ke berapa,
 Seperti biasa diusulkan kepada emak tersayang,

Bukan calang-calang calon yang diusulkan,
Lulusan universiti Timur Tengah,
Demi menghormati permintaan si anak,
yang mahu pendamping solehah,
 Sejuk mata memandang,
bertudung labuh litup,
pandai berbahasa Arab,
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah,
Hampir berminggu,
Setelah meneliti gambar,
serta mula mencari maklumat,
Sebelum sesi taaruf bermula.

 Si pemuda menjenguk ke laman web Friendster dan Facebook,
 Yang menjadi kegilaan anak muda ketika ini,
Satu keajaiban,
Si lelaki yang tidak pernah mempunyai laman web sedemikian,
Tiba-tiba tergamam !!!

 Si gadis masih anggun,
Dan bertudung labuh litup,
 Namun, bergambar sakan.
Aduh!
Terkejut bukan kepalang,
Calon solehah ditolak penuh berhikmah, 
kerana gambar ditayang,
dengan penuh sakan,
Baginya agama diutamakan,
daripada kecantikan,
dan akhirnya, 
Pemilihan terbatal. Dia pernah berkata:

“Perempuan cantik itu tidak memandang dan tidak dipandang.
Perempuan cantik itu tidak mengenali dan tidak dikenali.
Perempuan cantik itu tidak menegur dan tidak ditegur.”

Akhirnya solehah kempunan calon soleh,
Merayu untuk dipertimbangkan,
tapi sayang sekali,
si pemuda tetap,
 tidak berganjak dengan keputusan beliau.

Wahai Muslimah
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh


2 comments:

  1. salam sejahtera:-)

    bagaimana cinta yang dianjurkan islam? bagaimana? sya pun jadi pusing dong.

    ReplyDelete
  2. siapakah dia yg pernah berkata? berkata bait2 kata indah itu? hmm.. ente pemilik blog ini pemuda atau pemudi? saya tidak mengenali secara peribadi, jd saya tidak tahu.. sdr, tiada insan yg sempurna. pernikahan adalah proses untuk menjadi yg soleh atau solehah. kerna solehnya pemuda itu bisa saja hilang sdr... sekadar renungan bersama :-)

    ReplyDelete