Tuesday, May 17, 2011

.::Salam Imtihan::.

Imtihan a.k.a. exam a.k.a peperiksaan dah dekat.
Bagi yang study di IPT mungkin memang da lama mula.
Bagi bakal2 pendidik, exam kita mula 16 Mei 2011 ne.
Minggu ne start study week..
(Sebenarnya, tak payah tunggu study week baru nak study..Study awal2 sebab kita belajar bukan kerana exam semata. Plus, otak kita bukan pendrive...boleh terus copy semuanya.)


Buat sahabat2 se-IPG, buat semua guru pelatih di IPG2 seluruh Malaysia, salam imtihan buat semua..
Buat yang terbaik...
Masih ada masa untuk berusaha.
Tapi, bukan b'maksud kita boleh buang masa..
Jangan lemah, teruskan usaha..


Ingatlah, kita bukan sendirian...
Dia selalu ada untuk kita..

Exam...memanglah hanya 1 ujian kecil di dunia.
Namun, peranannya besar..
Kecemerlangan kita mampu menaikkan nama Islam dan kegagalan kita akan menyebabkan nama Islam terfitnah.
Jadi, usahalah sebaik mungkin..
Usaha=Ikhtiar dengan belajar + doa
kemudian, bertawakallah..
InsyaAllah,
Dia tidak akan menghampakan hamba2Nya yang telah berusaha.
Dan, andainya kita masih tidak mendapat apa yang kita inginkan, jangan lemah.. tapi, jadikannya sebagai medan muhasabah diri kerana mungkin sahaja ada kesalahan kita dengan Dia yang menjadi penghalang..

"Apabila kamu telah berazam, bertawakallah kepada Allah.."

Dan, andainya kita tak dapat apa yang kita inginkan, jangan sedih2...


 "Dan, janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian yang lain. Kerana bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang diusahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Surah Ali-Imran, ayat 32)

"Dan janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, sebab kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu beriman.."
(Surah Ali-Imran, ayat 139)

Kiranya imtihan ini medan perjuanganmu,
Maka,
bertarunglah sedaya upayamu kerana Allah.
Manfaatkanlah segala ilmu yang diperturunkan semampu akalmu
demi memartabatkan kedudukan ummahmu,
dan bukan semata-mata untuk kepuasan diri.
Allah tidak menilai akan natijahnya
tapi yang dinilai hanyalah kesungguhanmu.
Berjuanglah wahai pejuang...!
dengan kalimah Tuhanmu...
dengan ilmu yang telah dipinjamkan sementara ini...
Selebihnya,
tawakallah kepada-Nya....

Ma'a taufiq wannajah fi aiyi syai' ta'mal.
A for ALLAH!


 

2 comments:

  1. huhu..good luck ckgu hehehe
    rajin2 stdy leklok
    jwb exam toi2 jgn igt bnd laen
    pling pnting buat krn allah taala

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya cikgu.....
    dan dipermudahkan segala urusan.....

    ReplyDelete