Friday, April 29, 2011


KURSUS INTENSIF TALAQQI KITAB 2011

TARIKH: 19 Mei – 2 Jun 2011

ANJURAN : Pertubuhan Khairu Ummah

DENGAN KERJASAMA

Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah Pondok Pasir Tumboh

Kelantan

  
PENGENALAN
Satu kursus pengajian ilmu agama secara intensif berkonsepkan talaqqi (belajar secara bersemuka dengan guru) kitab ulama dahulu dengan gabungan aspek ilmu tauhid, feqah, dan tasauf yang dihimpunkan di dalam sebuah kitab berdasarkan sumber yang digali dari Al-Quran dan Al-Hadis sebagai memenuhi keperluan asas mahasiswa yang sibuk untuk belajar dalam masa yang panjang


OBJEKTIF

 :
· Mendedahkan kepada Mahasiswa teknik menuntut ilmu agama yang berkesan sehingga mampu untuk menguasainya dalam masa yang singkat.

· Sebagai satu momentum yang penting untuk menaikkan semangat motivasi dalam beramal ibadat.

· Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab yang mewarisi sistem warisan ilmu Rasulullah SAW.

· Memberi pendedahan mahasiswa tentang sistem pendidikan di Pondok yang telah banyak melahirkan golongan ulama-ulama silam yang masyhur dengan kealiman mereka.

· Menjalinkan hubungan antara Mahasiswa dengan pihak Madrasah Pengajian Pondok, terutama dengan pihak Pertubuhan Khairu Ummah. Hubungan sedemikian dapat berkerjasama untuk memartabatkan Agama Islam yang kita anuti.

KENAPA ANDA PERLU MENGHADIRI KURSUS INI DAN APAKAH FAEDAHNYA?????

Menuntut ilmu agama itu adalah fardhu ain. Wajib bagi kamu untuk mempelajari dan mengetahuinya•

Ilmu tasawuf itu ibarat mutiara di lautan. Ilmu feqah pula ibarat sebuah kapal. Ilmu usuluddin itu d umpamakan lautan. Kamu tidak mampu memiliki mutiara andaikata tidak menemui lautnya dan tidak memiliki kapal. Jikapun kamu menemui laut, jalan untuk memiliki mutiara adalah sangat sukar dan mustahil tanpa kapal sebagai pandu arah dalam pencarian kedudukan mutiara. Jikapun kamu memiliki kapal dan laut, tanpa mutiara itu umpama hidup yang tiada arahtujuan.

Amalan ibadat tidak akan diterima jika iktikad tersasar dari aqidah ahli sunnah wal jamaah.

Agama itu sebagai sepohon pokok, maka tunjang akar dan batang pokok adalah iqtiqad atau kepercayaan, manakala cabang dahannya adalah ibadah‐ibadah yang lahir. Jika rosak tunjang akar dan batangnya,maka luruh dan rosaklah cabang dahannya. Begitu juga dengan Agama, jika rosak aqidah atau iktiqad seseorang itu, maka tiada berhasillah ibadah‐ibadah yang lahirnya.

Sebagaimana Imam Ghazali Menjelaskan: “ Bagaimana mungkin engkau menyembah sesuatu (ALLAH) yang engkau tidak megenalinya dengan nama-namanya, sifat-sifatnya, sifat yang wajib baginya dan sifat yang mustahil untuk disifatkan terhadapnya. Terkadang engkau mengiktikad pada zatnya dan sifatnya (nauuzubillah), perkara yang yang menyalahi dengan kebenaran, maka jadilah ibadah engkau habuk yang berterbangan.” (Kitab Minhajul Abidin : Aqabah Ula- Aqabah Ilmi)

Setiap amalan tanpa ilmu adalah amalan yang tertolak & tidak diterima serta sia-sia

Sabda Nabi,maksudnya: “Ini krn sesiapa yg beramal tanpa ilmu, banyaklah dia merosakkan sesuatu yang dia hendak mengelokkannya. Lagi sabdanya: “Ilmu itu imam bagi amalan dan amalan itu mengikutinya.”

Kuasai Ilmu fardhu ain adalah utama berbanding ilmu –ilmu lain atau perkara-perkara ibadat yang lain malah lebih utama daripada berperang fi sabilillah.

Pesan Saidina Ali bin Abi Talib : Orang yang berilmu(belajar ilmu agama) lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang berilmu, maka terjadi suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh pengantinya (yg berilmu juga).

Diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a. katanya : Demi Allah, Aku mengetahui satu bab daripada ilmu tentang suruhan dan larangan adalah terlebih dikasihi olehku daripada 70 peperangan fi sabilillah.

Sebagai seorang pemimpin samada pemimpin terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara amnya wajib bagi kita menguasai ilmu asas agama.

Kata Saidina Omar:” Pelajarilah ilmu kefahaman agama sebelum kamu jadi ketua.”

Perjuangan kita sebagai mahasiswa bukan atas dasar semangat semata-mata namun perlulah berjuang atas dasar kefahaman agama. Ini kerana semangat ada turun naiknya namun kefahaman yang jelas akan membawa istiqamah selamanya.

TEMA :

“Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang sejati berpandukan ulama silam yang muktabar menyingkirkan apa yang tidak disepakati”

TENAGA PENGAJAR :

Ustaz-ustaz di Pondok Pasir Tumboh

SASARAN :

Seramai 30 orang Mahasiswa atau sesiapa sahaja yang berminat

YURAN :

PERKARA

MUSLIMIN

MUSLIMAT

1. Pendaftaran (Seumur Hidup sekali)

RM 15

RM 15

2. Penginapan

RM 10

RM 21

3. Makan (Pagi,Tengahari&Petang)

RM 70

RM 70

JUMLAH

RM 95

RM 106

*Yuran tidak termasuk pengangkutan peserta


*Yuran ini akan lebih murah atau diberi percuma sekiranya ada penajaan. Kami akan maklumkan dari semasa ke semasa kepada semua peserta yang telah mendaftar tentang yuran yang perlu dibayar. InsyaALLAH.

KITAB PENGAJIAN : Percuma

MODUS OPERANDI :

Program ini diadakan selama 15 hari 14 malam mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunakan Kitab Usuluddin Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah karangan AlAllamah Muhammad Mukhtar Atharid serta kitab Fiqh(bagi Muslimat diberi penekanan tentang haid) dan Tasawwuf.

(Talaqqi kitab/Muzakarah)


AURAD AL-QURAN & AMALAN SEPANJANG KURSUS

Solat Fardhu Jamaah

Al-Ma’thurat

Al-Mulk dan Al-Waqi’ah

Solat Dhuha

Qiamullail/Solat Tasbih

Halaqah malam

KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PROGRAM :

1) Alat tulis dan buku nota.

2) Bagi muslimin sila bawa :

- Kain pelikat.
- Baju melayu atau jubah.
- Kopiah dan serban.

3) Bagi muslimat sila bawa :

- Baju kurung warna gelap atau jubah.
- Tudung labuh.
- Purdah

* Bagi peserta yang tidak mempunyai alatan di atas bolehlah membelinya semasa berada di pondok nanti.

* Sila sediakan dua (2) keping gambar berukuran paspot & sekeping salinan MyKad untuk tujuan pendaftaran.

SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI :

Izmer : 013 – 4425812

Yana : 013 – 9064465

Syahla : 013 – 3182689

Azimah : 014 – 5148539


Jangan lepaskan peluang ini...:)

2 comments:

  1. adakah ada program talaqqi seperti ini di sekitar perak??

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum.. InsyaAllah,ada.. cuba enta buka laman web ini.. http://www.albarakah.org/ .. sebuah pusat pengajian ilmu(pondok moden)...

    ReplyDelete